KPKM akan periksa anggur Shine Muscat, didakwa ada kimia berbahaya

BACHOK – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membuat pemeriksaan terhadap anggur import Shine Muscat kerana disyaki mengandungi sisa kimia berbahaya sebagaimana dakwaan agensi Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun kementerian akan merujuk tersebut dengan agensi terlibat termasuk Mardi bagi memastikan pengesahan berkenaan perkara itu.

“Kita akan minta pihak agensi terbabit untuk mendapat pengesahan terlebih dahulu namun sekiranya benar seperti yang dikatakan maka kita akan buat pengumuman serta tindakan susulan turut dilakukan.

“Bagaimanapun, kita akan teliti terlebih dahulu kerana ia membabitkan makanan dan tentunya pemantauan secara berterusan akan dilakukan,” katanya pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Penyampaian Watikah Kumpulan Pengguna Air (KPA) IADA Kemasin Semerak, hari ini.

Sementara itu katanya, sehingga kini pihaknya juga masih belum menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

Terdahulu, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.

Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Related Posts

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pembangunan Awan AI Berdaulat merupakan antara langkah utama kerajaan MADANI bagi memastikan maklumat terperingkat negara kekal selamat dan tidak terjejas oleh dasar serta perundangan negara asing. Menteri Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

PUTRAJAYA – Syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji perlu dilihat sebagai langkah mengukur kesiapsiagaan kewangan, bukannya bebanan kepada rakyat terutamanya dalam memastikan pengurusan ibadah haji negara berjalan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen