Bakip sampai sumbangan kepada keluarga bekas tentera

KUANTAN – Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) melalui Dana Asy-Syakirin hari ini tampil menyampaikan sumbangan bernilai RM39,221.24 kepada sebuah keluarga kurang bernasib baik di Temerloh.

Sumbangan disampaikan melalui Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan di kediaman keluarga itu.

Turut hadir Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli.

Keluarga Nik Husmadi Ismail, pesara tentera, ditimpa musibah apabila dua daripada ahli keluarganya mengalami kecacatan kekal setelah terlibat di dalam kemalangan jalan raya manakala dua lagi disahkan menghidap sakit kronik.

Dua anak perempuan Nik Husmadi, Nik Haznita Saffiya, 19, dan Nik Haziera Saffiya, 17, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 7 Februari lalu menyebabkan kaki Nik Haznita terpaksa dipotong sehingga ke paras pinggul, manakala Nik Haziera mengalami pelbagai kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terlantar di rumah.

Isterinya, Noriah Adjun disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik manakala anak ke empatnya, Nik Haziqa Safiyya 13, dikesan mengalami ketumbuhan pada otak.

Sebagai satu bentuk sokongan kewangan, Bakip menyampaikan bantuan tunai secara sekali bayar berjumlah RM2,000 masing-masing kepada Nik Husmadi dan Noriah.

Manakala Nik Haziera Saffiya menerima sumbangan peralatan kerangka besi untuk merawat tulang yang patah (Limb Reconstruction System for Tibia & Femur) serta bekalan lampin pakai buang dan susu khas untuk kegunaan setahun.

Bagi Nik Haznita Saffiya, disampaikan sumbangan berbentuk peralatan penjagaan dan rawatan lampin pakai buang, Kantung Saliran Pembuangan Najis, Semburan Penghilang Pelekat dan Semburan Pelindung Kulit untuk kegunaan setahun.

Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, pihaknya prihatin dengan kesukaran dihadapi keluarga itu.

“Kami berharap sumbangan disampaikan ini, sedikit sebanyak mampu meringankan beban Nik Husmadi sekeluarga dan berdoa agar mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda,” katanya.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat