Projek jalan ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao kukuh hubungan Malaysia-Thailand

BUKIT KAYU HITAM – Projek pembinaan laluan jalan raya yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sadao, Thailand akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand serta memudahkan pergerakan ekonomi dan sosial sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek berkenaan juga merupakan manifestasi keprihatinan kementerian itu dalam memastikan keselamatan sempadan sentiasa terjaga.

Jelasnya lagi, selain itu juga meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur yang lebih baik untuk pasukan keselamatan negara.

“Laluan ini bukan sahaja akan memudahkan aliran keluar masuk kenderaan Malaysia dengan Thailand, tetapi juga akan meningkatkan keselamatan serta kelancaran pergerakan kenderaan berat dan kenderaan awam di kawasan sempadan yang strategik ini,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri, Muammad Razman Abu Samah.

Saifuddin berkata, antara skop utama projek itu ialah pembinaan jalan berkembar enam lorong dua hala sepanjang 900 meter (m) dan pembinaan jalan Perkhidmatan Piawaian sepanjang 300m yang akan menghubungkan jalan utama ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam.

Selain itu, projek berkenaan turut meroboh dan membina semula 10 blok bangunan di Kem Batalion ke-5 Rejimen Sempadan, Bukit Kayu Hitam.

Projek itu juga turut membina sebuah Pos Kawalan Akhir serta pintu gerbang berbumbung yang baharu dan bakal menjadi simbol penyambutan antara dua negara jiran itu.

“KDN akan terus komited dalam memastikan sempadan negara sentiasa berada di tahap terbaik, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan, ihsan dan kesejahteraan untuk semua,” katanya.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala