Pembinaan KB Sentral: Pas kontradik dengan fitnah mereka sendiri

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan yang dipimpin Pas disifatkan begitu hipokrit penuh kontradik dengan retorik serta fitnah mereka sendiri, kata pemerhati politik, Ahmad Mursi.

Dalam tulisan di akaun Facebooknya, beliau berkata, tindakan pemilihan syarikat bukan Bumiputera sebagai kontraktor bagi projek KB Sentral ia menggambarkan kerajaan itu secara tidak langsung telah membuka pintu untuk negara asing ‘menjajah Kelantan’.

Sedangkan pembangkang sendiri sebelum ini sering mencetuskan fitnah kononnya negara China mahu menjajah Malaysia melalui sambutan 50 tahun hubungan diplomatik di Pulau Pinang.

“Walaun menyebarkan di WhatsApp bahawa MoU ditandatangani untuk China menjajah Malaysia. Ustaz-ustaz Pas turut menjadi tukang sebar.

“Munasabah ke kuasa besar nak menjajah negara asing dengan tandatangan MoU? Begitulah bodohnya pengikut pembangkang berfikir dan mendidik rakyat menjadi bodoh,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Mursi berkata, telah terlalu banyak fitnah dicetuskan Pas sehingga dari perkara yang tidak masuk akal dan kontradik antara satu sama lain sebagaimana pro-Barat, pro-Israel, pro-China, pro-Russia dan sebagainya.

“Itu lah gaya mudah PN-Pas berpolitik untuk menutup kejayaan demi kejayaan Kerajaan Madani.

“Malah, beberapa hari selepas kapal latihan China berlabuh di Penang, kapal Rusia dan Jerman turut berlabuh, tetapi tidak pula dijadikan isu.

“Ini bermakna, PN-Pas sengaja mencipta isu untuk meniup sentimen perkauman bagi mengumpul sokongan.

“Sebaliknya, kerajaan Pas pula masih ‘menggigil’ nak siapkan KB Sentral setelah 12 tahun menggunakan stesen bas sementara Lembah Sireh yang macam ‘kandang lembu’ itu,” katanya.

Related Posts

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

KUANTAN – Kerajaan Pahang menegaskan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tertakluk kepada kawalan ketat, syarat tertentu dan prosedur ditetapkan. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme