KPDN gagalkan cubaan seludup minyak petrol ke negara jiran

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeleweng 700 liter minyak petrol ke negara jiran pada Isnin.

Serbuan yang dijalankan pada jam 12 tengah hari itu dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lubok Gong di sini, semasa operasi khas di kawasan sempadan Kelantan melalui Ops Tiris 3.0.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota yang bertugas di kawasan sempadan telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Kami mengekori kenderaan tersebut hingga ke lokasi serbuan, sebelum pemandu bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui timbunan tong jeriken berisi minyak petrol yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, sebanyak 700 liter minyak petrol dengan nilai dianggarkan RM1,435 ditemukan.

Ujarnya, jumlah keseluruhan rampasan bagi kes ini adalah RM3,435.

Azman memberitahu, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat melakukan penyelewengan.

KPDN menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyokong inisiatif Kita Gempur bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan yang merugikan rakyat serta negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan aktiviti sebegini melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-848 8000 atau hotline 24 jam di 03-8882 6088/6245,” katanya.

Menurut beliau, Ops Tiris 3.0 akan diteruskan bagi memastikan bekalan barang kawalan sampai kepada pihak yang layak, sekali gus melindungi hak rakyat dan mengukuhkan kestabilan ekonomi negara.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini