Jalan Istana Abdulaziz ditutup secara berperingkat

KUANTAN – Jalan Istana Abdulaziz akan ditutup secara berperingkat dan dilencongkan sementara sempena Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata penutupan jalan itu akan bermula pada 24, 25 dan 27 Oktober ini bermula 5 petang.

“Laluan ditutup kepada kenderaan awam bermula di persimpangan pusingan U Bukit Istana ke lampu isyarat Istana Abdulaziz hala ke KotaSAS. Laluan hanya dibuka kepada VVIP/jemputan untuk ke zon menurunkan/parkir.

“Cadangan laluan kontra, kenderaan dari arah bandar Kuantan hala ke KotaSAS akan dilencongkan ke laluan bertentangan bermula persimpangan pusingan U Bukit Istana hingga lampu isyarat Istana Abdulaziz,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenderaan dari arah KotaSAS menghala ke bandar Kuantan akan bergerak seperti aliran biasa kecuali untuk satu lorong yang bermula dari lampu isyarat Istana Abdulaziz hingga ke persimpangan pusingan U Bukit Istana.

“Pengguna jalan raya khususnya penduduk sekitar kawasan Istana Abdulaziz diminta untuk mengikut aturan daripada petugas lalu lintas dan papan tanda yang disediakan. Laluan alternatif seperti melalui jalan Bukit Goh adalah sangat digalakkan,” katanya.

Majlis akad nikah pasangan pengantin diraja itu akan berlangsung pada 8 malam, Khamis ini, kemudian diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pada 8 malam, Ahad ini di Istana Abdulaziz.

Related Posts

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

KOTA KINABALU – Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan penstrukturan semula parti merupakan langkah penting bagi memastikan kelangsungan dan pembaharuan kepimpinan parti untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KUCHING – Perjuangan Sarawak dalam memartabatkan hak autonomi pendidikan di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus membuahkan hasil apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan pelaksanaan subjek Sains Komputer serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

Isu UEC : Sistem pendidikan tinggi diperkasa, martabat SPM tidak tercalar

Isu UEC : Sistem pendidikan tinggi diperkasa, martabat SPM tidak tercalar

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor