Belanjawan 2025 tumpu pembangunan infrastruktur Sabah, Sarawak rapatkan jurang bandar, luar bandar

KOTA KINABALU – Belanjawan 2025 dilihat memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur bagi merapatkan jurang antara kawasan bandar serta luar bandar Sabah dan Sarawak, kata Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung.

“Pembangunan infrastruktur ini amat signifikan dalam membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Ini penting yang mengambil kira jurang pembangunan lebih ketara berbanding Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Sabah diberi peruntukan RM6.7 bilion manakala Sarawak mendapat RM5.9 bilion untuk pelbagai projek pembangunan keperluan asas merangkumi usaha menambah baik kemudahan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan air bersih dan elektrik.

“Peruntukan RM200 juta untuk meneruskan pengangkutan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak amat penting untuk kebajikan komuniti terpencil di kawasan pedalaman Sabah Sarawak yang sukar diakses melalui jalan darat untuk dapatkan perkhidmatan kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Tambah Lee, komitmen kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diterjemahkan dengan kenaikan pemberian khas interim kepada Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta kepada RM600 juta di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang telah diumumkan sebelum ini.

Bagamainapun, mengulas lanjut katanya, kerajaan juga perlu memberi perhatian sewajarnya, lebih kepada sektor pendidikan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025 yang mengambil kira sekolah-sekolah daif dan klinik-klinik di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian.

“Begitupun secara keseluruhan Belanjawan 2025 nampak menunjukkan perhatian yang lebih mendalam terhadap Sabah dan Sarawak.

“Sudah pastinya rakyat Sabah dan Sarawak mengharapkan pelaksanaannya berjalan lancar,” katanya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung