Anak sulung Abuya bawa polis lokasi kurungan di Batu Hampar esok

POLIS akan ditunjuk lokasi anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Razarudin Husain berkata, wanita berusia 41 tahun itu akan membawa polis ke sebuah perkampungan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, yang terletak di Batu Hampar, Perak dan menunjukkan tempat dia dikurung selama kira-kira sebulan.

Jelasnya, kehadiran mangsa ke lokasi kejadian adalah bagi membantu siasatan.

“Pengadu telah dihubungi untuk hadir ke lokasi kejadian bagi tunjukkan rumah atau bangunan yang dikurung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razarudin berkata, pengadu menyatakan bahawa perkampungan tersebut dihuni oleh ramai remaja dan orang dewasa dalam lingkungan umur 13 tahun dan ke atas.

Menurutnya, Ummu Atiyah mendakwa telah dikurung dalam sebuah bilik rumah setingkat yang dilengkapi tilam, almari serta mempunyai kemudahan elektrik.

“Pengadu menyatakan pintu bilik akan dikunci dari luar dan makanan akan dihantar ke bilik dan kadangkala pengadu akan makan bersama penghuni lain.

“Pengadu menyatakan telah dikurung dalam bilik tersebut lebih kurang satu bulan. Pengadu mengaku bebas bergerak dalam kampung dan juga pernah dibawa keluar dari kampung untuk beli barang keperluannya.

“Bagaimanapun, pengadu tidak diberikan kemudahan menggunakan telefon,” katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISBH.

Razarudin berkata, pihaknya telah merakam keterangan wanita itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru, Melaka pada 24 September lepas bagi siasatan lanjut mengenai dakwaannya yang pernah dikurung.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki yang terbabit mengurung mangsa bagi membantu siasatan.

Terdahulu media melaporkan Ummu Atiyah mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISBH.

Katanya, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017