Zionis dakwa Sinwar maut dalam siri serangan di Gaza

TEL AVIV – Rejim Zionis mendakwa Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar terbunuh dalam operasi ketenteraan yang semakin diperhebatkan ke atas Genting Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Khamis bagaimanapun memaklumkan ia sedang menyemak semula kesahihan laporan tersebut bersama agensi keselamatan Israel, Shin Bet.

“Seramai tiga anggota Hamas maut dalam serangan itu. Kami sedang memeriksa sama ada salah seorang daripadanya ialah Sinwar.

“Buat masa ini, identiti mereka tidak dapat disahkan,” ujar IDF sambil menambah ujian DNA akan dilakukan untuk pengesahan akhir.

Terdahulu, polis Israel memberitahu N12 kononnya pasukan forensik mereka mengenal pasti jasad Sinwar berdasarkan gambar gigi beliau.

Ketika kebanyakan media antarabangsa mula berteka-teki mengenai nasib pengganti Ismail Haniyeh itu, gerakan Hamas masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.

Sebaliknya, laman web al-Majd yang biasanya menerbitkan isu keselamatan berkaitan Hamas menggesa penduduk Palestin supaya menunggu maklumat sahih tentang Sinwar dan tidak percaya bulat-bulat dengan laporan rangkaian media Israel.

Jika kematian pemimpin berusia 61 tahun itu disahkan, ia adalah pembunuhan terbaharu menyasarkan pemimpin gerakan di bawah Paksi Penentangan anti-Israel beberapa minggu selepas Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah gugur syahid di Lubnan.

Pada awal tahun lalu, Zionis pernah mendakwa kononnya telah membunuh pemimpin Briged al-Qassam, Mohammed Deif, namun dakwaan itu tidak pernah disahkan Hamas.

IDF menuduh Deif bersama Sinwar merancang Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan pada 7 Oktober 2023 yang turut memberi tamparan hebat kepada Zionis hingga ia bertindak balas membunuh penduduk Palestin dengan kejam di bawah kempen pembunuhan beramai-ramai sejak lebih setahun lalu.

Related Posts

Australia denda rakyat gagal mengundi

CANBERRA – Lebih 200,000 rakyat Australia yang gagal menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum 2025 membayar denda, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC), lapor Xinhua. AEC memaklumkan kepada Australian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MB Negeri Sembilan tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

MB Negeri Sembilan tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH