Kedudukan ekonomi negara terus mengukuh – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan meskipun ekonomi dunia serba galau dek hiruk-pikuk geopolitik tidak berkesudahan namun kedudukan ekonomi negara kalis tantangan dan terus mengukuh.

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, berbanding 4.2 peratus suku pertama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan juga mengumumkan, pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020.

“Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus. Namun, kita tidak berganjak dalam hal meredakan kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat.

“Kita mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan RM329.5 bilion – tertinggi pernah direkodkan.

“Bagi separuh pertama 2024, kita berjaya meraih pelaburan diluluskan RM160 bilion, melonjak berbanding RM135.6 bilion.

“Selain itu, Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia. Kesungguhan semua pihak berjaya mengukuhkan ringgit 14.4 peratus ketimbang dolar Amerika dalam suku ketiga 2024; pencapaian terbaik sejak tahun 1973,” kata Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2025, pada Jumaat.

Sejarah tercipta tahun ini apabila nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi melepasi RM2 trilion selain Indeks Bursa FBM KLCI kembali melepasi 1,600 mata.

Tambah Anwar, prestasi ekonomi mengatasi jangkaan, sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit; menggambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi Madani.

“Dengan itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus; ketimbang antara 4 ke 5 peratus sebelumnya.

“Malah, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.9 peratus, ketimbang 4.3 peratus April lalu.

“Tahun hadapan, kita yakin ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi Belanjawan Madani Ketiga 2025,” katanya.

Sementara itu, ujar beliau tidak dimungkiri kenyataan bahawa kejayaan-kejayaan ini selain dari perkembangan serantau dan dasar-dasar fiskal.

“Namun, kita tidak boleh khayal dengan kejayaan-kejayaan ini seandainya kita menyimpang daripada komitmen atau iltizam kepada agenda reformasi.

“Budaya selesa, ‘culture of complacency’ mesti dihentikan,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung