11 pusat Permata baharu akan dibina tahun 2025

KERAJAAN memperluaskan sokongannya kepada kanak-kanak autistik dengan pengumuman 11 pusat Permata baharu di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pusat yang akan dibina di setiap negeri, adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan kanak-kanak autistik mendapat akses kepada pendidikan dan sokongan berkualiti.

“Kami berdedikasi untuk menyediakan tahap tertinggi kebajikan dan pendidikan untuk kanak-kanak autisme,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, kerajaan juga akan membina dua sekolah baharu untuk murid berkeperluan khas di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta.

Sekolah di Johor Bahru itu akan menjadi yang pertama di negara ini yang memberi tumpuan secara eksklusif kepada pendidikan untuk kanak-kanak autisme.

Bagi terus menyokong kanak-kanak autisme dan keluarga mereka, kerajaan akan terus menyediakan Elaun Pelajar Berkeperluan Khas sebanyak RM150 sebulan kepada lebih 110,000 pelajar kurang upaya termasuk mereka yang mengalami autisme.

Inisiatif ini melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM200 juta.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan menyediakan bantuan yuran pengajian kepada 30,000 kanak-kanak autisme, dengan dana RM15 juta.

Bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan inklusif, RM10 juta akan diperuntukkan untuk membantu sekolah autisme swasta yang berdaftar dalam menambah baik kemudahan mereka.

Tambahnya, kerajaan juga akan menubuhkan Pusat Khidmat Autisme dengan bajet RM5 juta untuk memberi manfaat kepada komuniti autisme.

Bagi memberikan pelepasan lanjut kepada keluarga kanak-kanak autisme, had pelepasan cukai untuk perbelanjaan rawatan dan pemulihan autisme akan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung