SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

BETONG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas muncul juara keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Panglima Rentap pada Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan sekolah berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan serta hadiah iringan tajaan Pepsi.

Lebih membanggakan, SMK Saribas turut meraih Anugerah Kontinjen Pakaian Terbaik selain menjuarai Kategori C yang melibatkan penyertaan sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.

Program tahunan berkenaan berjaya menghimpunkan 2,200 peserta daripada 32 kontinjen yang mewakili pelbagai agensi, komuniti dan institusi pendidikan di Betong.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Bagi Kategori A yang melibatkan jabatan kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dinobatkan sebagai johan, diikuti Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong di tempat kedua dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Iban Balau Community Club berjaya merangkul gelaran juara Kategori B yang membabitkan ketua kaum, rumah panjang, kampung, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

Tempat kedua bagi kategori tersebut menjadi milik Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sarawak, manakala Gerempung Tuai Rumah (GTR) Layar menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, SMK Saint Augustine Betong dan SMK Spaoh masing-masing muncul naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi Kategori C.

Untuk Kategori D yang melibatkan sekolah rendah, Tadika Perpaduan dan Tabika KEMAS, SK Saint Augustine diumumkan juara, manakala SK Nanga Passa dan SK Paku Sentral masing-masing berada di kedudukan kedua serta ketiga.

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai, piala, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Pada majlis sama, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong turut menerima Anugerah Persembahan Terbaik, manakala Anugerah Penyertaan Teramai menjadi milik GTR N37 Bukit Saban yang mengumpulkan 120 peserta.

Penganjuran acara itu sekali gus menjadi wadah penting dalam mempromosikan warisan dan budaya masyarakat Dayak, di samping mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti pelbagai kaum di bahagian tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu; ADUN Kalaka, Mohamad Duri; ADUN Krian, Friday Belik; Residen Bahagian Betong, Datuk Richard Michael Abunawas serta beberapa pemimpin dan wakil agensi tempatan.

Foto: Facebook ADUN Kalaka

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar