Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

KANGAR – Banjaran Nakawan di Perlis perlu dilihat sebagai aset strategik negara yang wajib dipelihara dan dipulihara secara berterusan, bukan sekadar kawasan hutan semula jadi semata-mata.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, kawasan tersebut menyimpan khazanah negeri yang amat berharga serta mempunyai nilai besar kepada negara dari sudut alam sekitar, warisan dan pembangunan lestari.

Menurut baginda, usaha pengurusan hutan di sepanjang Banjaran Nakawan perlu diperkasakan bagi memastikan khazanah tersebut terus terpelihara untuk manfaat generasi akan datang.

“Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua terutama rakyat negeri Perlis untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan hutan.

“Usaha ini perlu dipikul secara bersama dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, status dan usia,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Nakawan Rainforest Festival 2026 sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda yakin Jabatan Perhutanan Perlis akan terus unggul dalam menerajui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah hutan serta alam semula jadi negeri itu.

Baginda bertitah, penganjuran Nakawan Rainforest Festival turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan pemeliharaan kepelbagaian biologi, dokumentasi nilai geologi dan arkeologi serta penghayatan budaya masyarakat setempat yang berkembang di sepanjang Banjaran Nakawan.

Jelas baginda, festival tersebut menjadi platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan hutan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan khazanah alam semula jadi negara terus terpelihara.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar