1BestariNet: SPRM perlu masa teliti tatakelola tender sebelum panggil Muhyiddin

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memerlukan masa untuk meneliti beberapa isu tatakelola dalam pemberian tender membabitkan projek 1BestariNet sebelum memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pihak lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memanggil mana-mana pihak termasuk bekas Perdana Menteri itu bagi menyiasat kes berkenaan.

Katanya, setakat ini pegawai penyiasat sedang meneliti secara rambang mengenai pembekalan data yang diberikan oleh syarikat terbabit kepada pihak sekolah.

“Beliau (Muhyiddin) akan dipanggil dengan mana-mana pihak lain, tetapi pada masa ini belum sampai masanya lagi.

“Ini kerana kita perlu mengkaji dengan teliti. Dalam kes 1BestariNet ini, saya ulang kita bukan saja perlu melihat dari segi isu jenayah di sini, tetapi juga pelbagai isu berkaitan tatakelola dalam pemberian tender berkenaan kepada syarikat terbabit,” katanya pada sidang sedia selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), lapor BH pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Pada 9 Oktober lalu, media melaporkan SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet.

Difahamkan, nama Mahdzir termasuk dalam senarai penyiasat, selain Muhyiddin yang juga bekas Menteri Pendidikan.

SPRM sebelum ini memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada 2011.

Pada 2011, kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).

Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM