Nelayan gempar, buaya tersangkut pada jaring

BAGAN DATUK – Sekumpulan nelayan di Bagan Pasir, di sini, terkejut apabila seekor buaya tembaga tersangkut pada jaring, dalam kejadian pada Rabu.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk, Mohd Fazly Mohamad Zawawi, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan reptilia itu sekitar jam 11.30 pagi.

“Seramai empat anggota dan pegawai APM Daerah Bagan Datuk bergegas ke lokasi untuk melihat situasi tersebut.

“Setibanya di lokasi, kita dapati seekor buaya betina seberat 25kg tersangkut pada jaring nelayan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas Mohd Fazly lagi, APM telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Teluk Intan bagi tindakan selanjutnya.

Beliau turut menasihati penduduk khususnya di sekitar Bagan Pasir agar sentiasa berwaspada akan kemunculan reptilia itu lagi.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff mengesahkan ada menerima maklumat daripada APM Bagan Datuk berhubung penemuan buaya betina terbabit.

“Pihak kami ada menerima maklumat berkaitan penemuan buaya itu daripada APM Bagan Datuk.

“Buaya betina tersebut adalah sejenis buaya tembaga. Panjangnya lebih kurang 5.2 kaki dan dipercayai berusia dua tahun,” ujarnya ringkas.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan