Arak tiruan ‘bunuh’ lebih 20 mangsa

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 20 maut selepas terminum arak beracun di Bihar, timur India, lapor media tempatan.

Jualan arak diharamkan di Bihar, namun penduduk tempatan mendakwa bahawa penguatkuasaan larangan tidak begitu ketat dan arak tiruan dihasilkan secara haram.

Tejashwi Yadav, pemimpin parti Rashtriya Janata Dal (RJD) yang berpusat di Bihar berkata, jumlah kematian akibat arak tiruan mencecah 30 orang dan puluhan lagi hilang daya penglihatan.

“Orang ramai mengatakan arak diharamkan di Bihar. Tetapi ia masih boleh didapati di mana-mana,” kata Yadav.

Kematian terbaharu ini berlaku dalam komuniti miskin di daerah Siwan dan Saran, menurut laporan tempatan.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai