Lima pelajar Sabah di UKKM terima biasiswa koperasi, IKMA

KUALA LUMPUR – Lima pelajar asal Sabah yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) menerima biasiswa daripada Kumpulan Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA).

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ia adalah antara inisiatifnya dan usaha kerajaan melalui KUSKOP bagi memastikan anak-anak Sabah khususya golongan kurang berkemampuan tidak tercicir dalam pendidikan.

“Kesemua pelajar itu mengikuti program pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana menjurus kepada pengurusan perniagaan, koperasi dan keusahawanan.

“Tiga daripada mereka ditawarkan biasiswa daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) dan dua lagi menerima tajaan daripada Intitut Koperasi Malaysia (IKMA),” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Ewon yang juga Canselor UKKM berharap lebih ramai pelajar khususnya dari Sabah memilih untuk melanjutkan pengajian di universiti itu.

“Sebelum ini saya telah meminta pihak UKKM mengadakan pengambilan khas untuk pelajar asal Sabah dan Sarawak .

“Ini selaras dengan fokus saya untuk memberikan fokus tambahan bagi kedua-dua negeri itu selain mengurangkan fokus sedia ada di kementerian,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata pelajar daripada anak kepada mana-mana koperasi boleh memohon pembiayaan yang disediakan oleh kementeriannya bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Katanya juga akan terus memberi keutamaan kepada golongan B40.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau terus melalui saya untuk dipanjangkan kepada pihak UKKM, bagi tujuan penelitian,” katanya.

Jelasnya, UKKM yang dikendalikan oleh IKMA menawarkan program bermula dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Tambahnya, kesemua program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan akreditasi MQA/KPT.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan