JIM Sabah tahan 147 pati, gempur penempatan haram, tapak pembinaan

LAHAD DATU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 147 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua warga tempatan menerusi dua operasi penguatkuasaan Imigresen di Lahad Datu dan Semporna. 

Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, menerusi operasi di dua penempatan haram dan penempatan pekerja syarikat kuari di Lahad Datu, seramai 200 orang diperiksa dalam operasi yang dilakukan bermula pukul 9 pagi pada Selasa dan berakhir pukul 4.30 pagi tadi.

“Tangkapan membabitkan 71 orang lelaki dan 42 perempuan warga Filipina serta 23 lelaki dan 11 perempuan warga Indonesia berumur antara 1 hingga 79 tahun.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C), Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam sidang media di Pejabat JIM Lahad Datu, pada Rabu.

Menurutnya, dua warga tempatan turut ditahan kerana melindungi PATI dan akan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara menerusi serbuan Ops Mahir di sebuah lokasi pembinaan pusat peranginan Semporna, Sh Sitti Saleha berkata pihaknya telah membuat tangkapan terhadap 11 lelaki berumur 18 hingga 55 tahun masing-masing tujuh warganegara China (PRC) dan empat warga Filipina.

“Mereka turut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C), Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Warga PRC yang terlibat juga dipercayai  menyalahguna pas lawatan sosial bagi tujuan bekerja di tapak pembinaan pusat peranginan tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sh Sitti Saleha turut memaklumkan JIM Sabah turut menerima aduan berhubung salah guna pas pelancong China yang menjadi jurulatih penyelam di Semporna.

“Kita terima maklumat ini dari pasukan operasi dan kita dapati mereka datang ke sini dan berselindung sebagai pelancong, tetapi mereka jurulatih sebenarnya mendaftarkan diri dengan syarikat yang ada lesen jurulatih selam.

“Bagaimanapun, ini menjadi satu cabaran dan kita akan nampak modus operandi ini bagaimana mereka akan disabitkan kerana menyalahgunakan pas lawatan,” tambahnya.

Tegasnya, JIM Sabah tidak berkompromi dengan warga asing yang tinggal secara haram, lebih masa dan menyalahgunakan pas serta majikan dan individu melindungi pendatang haram di negara ini.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan