Belanjawan 2025: Jangan abaikan peluang pekerjaan stabil buat kumpulan B40

PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 diharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan B40, khususnya dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi digital dan tenaga hijau.

Felo Penyelidik Pasca Siswazah Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd Khairi Ismail berkata, terdapat keperluan untuk perkara itu diperkasa bagi membantu kumpulan itu mengatasi ketidaksamaan pekerjaan.

Menurut beliau, peningkatan kos sara hidup memberi kesan tidak seimbang kepada B40, susulan pendapatan yang terhad semakin banyak digunakan untuk pembelanjaan keperluan seperti makanan, perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

“Kekangan itu menjadikan mereka menghadapi kemudahterancaman yang tinggi dan terdedah kepada kejutan ekonomi seperti kehilangan peluang pekerjaan, kecemasan perubatan dan mudah jatuh miskin.

“Tanpa jaringan keselamatan sosial yang lebih kukuh atau peningkatan gaji, peningkatan kos sara hidup akan terus memburukkan lagi kemiskinan dalam kalangan B40.

“Dari aspek ketidaktentuan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, ia mengurangkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemudahterancaman pekerjaan, khususnya dalam beberapa sektor seperti peruncitan, pelancongan dan pembuatan di mana ramai golongan B40 terlibat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi memaklumkan, pertumbuhan gaji melalui kenaikan gaji minimum, perlindungan buruh yang lebih kukuh, serta insentif untuk perniagaan mengambil dan melatih pekerja berpendapatan rendah perlu dilaksana secara holisitik bagi
meningkatkan kestabilan kewangan.

“Selain itu, memperluas jaringan keselamatan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), meningkatkan akses rumah mampu milik dan penjagaan kesihatan, dan melabur dalam program peningkatan kemahiran untuk kebolehpasaran yang lebih baik juga penting.

“Pada masa sama, sokongan yang disasarkan untuk perniagaan kecil, pembangunan luar bandar dan rangkuman digital amat signifikan dalam mengurangkan kemiskinan dan melindungi kumpulan B40 daripada kejutan ekonomi masa depan,” katanya.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab