Belanjawan 2025 dijangka tumpu rasionalisasi harga kawalan, stabilkan inflasi

PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 dijangka akan memberi tumpuan kepada rasionalisasi harga kawalan dengan kemungkinan peluasan subsidi bersasar bagi diesel di Malaysia Timur, RON95, gula, dan beras tempatan.

CIMB Securities menerusi nota penyelidikannya berkata, langkah berkenaan bertujuan menstabilkan inflasi dan mengurangkan kos sara hidup, yang mana ia akan disertai dengan bantuan tunai bersasar kepada golongan rentan.

“Kerajaan juga mungkin memperkenalkan mekanisme levi pekerja asing pelbagai peringkat bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Antara langkah meningkatkan hasil yang dicadangkan termasuk cukai minuman bergula, pelaksanaan Cukai Minimum Global sebanyak 15 peratus, dan perluasan sistem e-Invois kepada semua perniagaan menjelang 1 Julai 2025,” katanya.

Kata firma penyelidikan pasaran itu, pendapatan kerajaan pula diunjurkan meningkat sebanyak 4.6 peratus kepada RM326 bilion, disokong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, perluasan liputan e-Invois, dan kutipan cukai pendapatan individu lebih tinggi berikutan peningkatan gaji minimum dan kadar pengangguran yang rendah.

Firma itu menambah, pertumbuhan ekonomi yang dijangka berada pada kadar 5.0 peratus, nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh pada RM4.20, serta harga minyak mentah (AS$70 setong) pada 2025 memberikan sokongan kepada dasar fiskal negara.

“Rasionalisasi subsidi yang sedang berjalan turut membuka jalan untuk lebihan semasa yang lebih tinggi sebanyak RM11 bilion pada 2025, berbanding RM6 bilion pada 2024.

“Defisit fiskal pula dijangka menyusut kepada RM78 bilion atau 3.8 peratus daripada KDNK, berbanding RM83 bilion atau 4.3 peratus pada 2024,” katanya.

Dalam pada itu, CIMB Securities menganggarkan impak fiskal positif dengan penjimatan subsidi bahan api yang dijangka mencecah RM8 bilion, lebih besar berbanding pengurangan hasil berkaitan minyak sebanyak RM2.5 bilion dan penurunan dividen Petronas sebanyak RM2 bilion.

“Ini menghasilkan penjimatan bersih sebanyak RM3.5 bilion. Selain itu, penjimatan tambahan sebanyak RM1.8 bilion dijangka daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia.

“Penjimatan ini dijangka mampu mengimbangi impak kenaikan gaji penjawat awam yang akan bermula pada Disember 2024. Belanjawan 2025 dilihat sebagai langkah berhati-hati dalam menguruskan cabaran ekonomi sambil mengekalkan komitmen fiskal negara,” katanya.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng