Sultan Pahang titah selesai isu peniaga medan agro

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar isu membabitkan 32 peniaga di Cameron Highlands dapat diselesaikan dengan baik.

Al-Sultan Abdullah bertitah, isu itu turut berada dalam perhatian memandangkan semua maklumat berkaitan telah sampai ke pengetahuan baginda.

Titah baginda lagi, laporan berhubung isu itu telah diterima daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pihak kerajaan.

“Saya berpuas hati dengan laporan yang dipersembahkan dan meminta semua pihak akur dengan keputusan kerajaan negeri,” titah baginda melalui satu kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang.

Al-Sultan Abdullah turut menasihatkan agar tiada pihak ketiga cuba mengeruhkan keadaan bagi memastikan sebarang permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain bersama pasukannya turun ke Cameron Highlands susulan mendapat aduan seramai 35 peniaga di Medan Agro mendakwa ‘ditindas’ dengan kenaikan kadar sewa.

Kerajaan Pahang mengesahkan menerima aduan daripada beberapa peniaga di Medan Agro, Cameron Highlands yang mendakwa ditekan dengan kenaikan kadar sewa sehingga RM7,500 sebulan berbanding hanya RM500 sebelum ini.

Exco Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Sim Chon Siang sebelum ini dilaporkan berkata aduan yang diterima itu sedang disiasat.

Related Posts

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

PENAMPANG – Golongan belia perlu diberi lebih banyak ruang meneroka seni dan kreativiti kerana bidang itu bukan sekadar hobi, malah mampu menjadi medium mengekspresikan identiti serta keunikan Sabah. Pengerusi Persatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

LAHAD DATU – Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy anak Panyau, 53, meninggal dunia di Kuching Life Care Society, Sarawak, pukul 9.30 malam, pada Sabtu. Mendiang disahkan meninggal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

  • By Fatin
  • October 4, 2026
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA