Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dahului senarai 1,046 penerima Darjah Kebesaran TYT Sarawak

KUCHING – Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang ke-78 tahun pada Sabtu.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Turut menerima Darjah Kebesaran Datuk Patinggi Bintang Kenyalang ialah Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah.

Manakala bagi anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ dianugerahkan kepada empat penerima.

Mereka ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Peguam Besar Sarawak, Datuk Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad.

Sementara itu, anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) menyaksikan tiga penerima yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antara penerima PGBK itu ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii, Setiausaha Sulit Kanan kepada Premier Sarawak, Datuk Khir Busrah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Recoda, Datuk Ismawi Ismuni.

Selain itu, seramai 12 penerima dianugerahkan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’.

Mereka ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Sirai Daha dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jafri Lias.

Turut menerima anugerah sama ialah Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Hamdan Sharbini, Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak Jonathan Lugoh, Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam, Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti, Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli dan Profesor Dr Neilson Ilan Mersat.

Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ pula dianugerahkan kepada kepada 18 penerima.

Antara penerimanya ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman, Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak, Ambrose Cheng Loi Hee, Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Mohd Chee Kadir, Abang Abdillah Izzarim dan Brigedier Jeneral Kamarulzaman Mohd Yunos.

Penerima anugerah sama ialah Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Dr Wee Kam Siak, Dr Richard Rapu, Jefri Ahmad Tambi, Shankar A/L Ram Pohumall, Abang Arabi Abang Narudin, Sudarnoto Osman, Dato’ Seri Khaw Kok Chin, Archbishop Dr Simon Peter Poh Hoon Seng, Jacqueline Fong Yean Yee, Dato’ Lee Heng Cheong dan Su’ut Johari.

Sementara itu, anugerah Johan Bintang Sarawak (JBS) dianugerahkan kepada tiga penerima; Johan Bintang Kenyalang (JBK) (1); Pingat Perkhidmatan Cemerlang (20); Pegawai Bintang Sarawak (15); Pegawai Bintang Kenyalang (98); Pingat Perkhidmatan Bakti (143); Ahli Bintang Sarawak (76); Ahli Bintang Kenyalang (198); Pingat Perkhidmatan Terpuji (194); dan Bentara Bintang Sarawak (259).

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat