Kanak-kanak GISBH dididik menonton video pengganas sejak kecil

KANAK-KANAK yang tinggal bawah pusat jagaan GISB Holdings (GISBH) telah dididik dengan konsep jihad yang menyimpang dari landasan Islam.

Perkara itu didedahkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Fahmi Ngah yang berkata, sejak kecil kanak-kanak di rumah amal kumpulan itu telah diasuh untuk menonton video perjuangan kumpulan militan seperti Daesh.

Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan polis, video kumpulan pengganas seperti Daesh yang ada di YouTube akan ditayangkan kepada kanak-kanak terbabit.

“Menurut polis, bila ditanya, ada tengok YouTube? Mereka (anak-anak) kata ada. Tengok rambo atau IS (Daesh). Jadi bayangkan, kalau tengok video IS ini, ia bahaya.

“Ini bukan prinsip jihad yang betul. Jadi ini cabaran kita untuk mendidik mereka semula. Mereka ini pintar, pandai mengaji dan membaca. Kita kena betulkan keseluruhan,” katanya ketika berucap di Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz di Klang, hari ini.

September lalu, polis dan pihak berkuasa agama membongkar kegiatan kumpulan GISBH di seluruh negara malah turut menahan kepimpinan utamanya selain 108 ahli di Selangor.

Berikutan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan ahli GISBH serta rangkaiannya masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung dibawa al-Arqam yang diharamkan pada era 1990-an.

Dr Fahmi berkata, fahaman dan amalan GISBH mempuyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah daripada aspek akidah dan syariat.

Menguatkan lagi apabila Jabatan Agama Islam Selangor mendedahkan kumpulan itu mengamalkan ajaran menyimpang daripada akidah Islam sebenar dan mengelirukan.

Penyimpangan berlaku dalam bentuk pemujaan berlebihan terhadap pemimpin, amalan poligami dan unsur syirik diwarisi daripada al-Arqam.

Turut dikesan ialah kepercayaan kepada kebangkitan semula pemimpin al-Arqam yang meninggal dunia dan penyelewengan apabila mempercayai kebangkitan Imam Mahdi yang dikaitkan dengan gerakan itu.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP