Johor sasar selesai 90 peratus ‘hotspot’ banjir tahun depan

JOHOR BAHRU – Masalah banjir di Johor dijangka mampu diatasi pada tahun depan selepas 90 peratus kawasan titik panas (hotspot) bagi kejadian itu telah dikesan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dilaporkan berkata, sehingga kini, projek berkaitan bagi mengatasi masalah banjir telah berjalan sebanyak 60 peratus melibatkan pelbagai kawasan di seluruh negeri.

“Sebanyak 102 kawasan iaitu merangkumi 90 peratus titik panas yang menjadi punca kejadian banjir ini telah dikesan. Setakat ini, 60 peratus kawasan tersebut telah terlibat dengan projek berkaitan manakala baki 20 peratus akan dilaksanakan tahun depan.

“Dalam masa sama, 10 peratus lagi baki projek akan dilaksanakan tahun depan juga membabitkan projek yang telah bermula pada tahun 2023. Usaha menangani kawasan panas ini telah dibahagikan kepada tiga fasa dengan peruntukan sebanyak RM170 juta,” katanya lapor Kosmo!.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merasmikan Karnival UDA 2024@Johor di Angsana Mall, di sini.

Mohd Jafni menambah, penyelesaian masalah ini adalah sasaran utama kerajaan berdasarkan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri Khamis lalu.

“Kami telah membuat persiapan lebih awal dan mesyuarat membincangkan penempatan tenaga kerja dan sumber berikutan banjir baru-baru ini yang melanda Kluang, Batu Pahat dan Pontian pada 6 Oktober lalu,” katanya.

Tambahnya, semua Exco kerajaan negeri, bersama agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah terlibat bagi memperkemaskan proses itu.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun