Isu Laut China Selatan bakal ‘panaskan’ pertemuan pemimpin Asean-China

PUTRAJAYA – Pemimpin Asia Tenggara hari ini akan mengadakan rundingan Sidang Kemuncak dengan Perdana Menteri China, Li Qiang, dengan isu pertikaian di Laut China Selatan menjadi antara agenda utama.

Ini adalah pertemuan bersemuka pertama selepas berbulan-bulan peningkatan pertempuran antara kapal Beijing dan nelayan Filipina dan Vietnam di perairan Laut China Selatan yang dituntut ketiga-tiga negara.

10 negara anggota Asean akan bertemu Li pada perhimpunan mereka di Vientiane selepas seharian berbincang sesama mereka yang didominasi oleh perang saudara di Myanmar.

Perdana Menteri baharu Jepun, Shigeru Ishiba dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol juga akan menyertai sidang kemuncak itu, bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Semalam, Pemimpin Asean mengulangi gesaan yang dibuat sekian lama berhubung gesaan mengekang dan menghormati undang-undang antarabangsa, menurut deraf kenyataan pengerusi sidang kemuncak yang dilihat media.

Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan maritim yang mempunyai kepentingan strategik yang besar di mana bertrillion dolar bertukar tangan dalam transit perdagangan setiap tahun.

Bagaimanapun, beberapa anggota Asean seperti Filipina, Vietnam, Indonesia dan Brunei juga mempunyai tuntutan bersaing ke atas pelbagai pulau kecil dan terumbu karang.

Pertemuan dengan Li berlaku selepas beberapa pertempuran ganas di laut, terutama membabitkan kapal pengawal Pantai dan militia China dengan tentera serta nelayan Filipina di sekitar Kepulauan Spratly.

Awal bulan ini, Vietnam mengeluarkan kecaman selepas beberapa nelayannya diserang dan dirompak di luar Kepulauan Paracel oleh apa yang digelarnya sebagai ‘pasukan penguatkuasa undang-undang China’.

Beijing membalas kritikan itu dengan menyatakan pulau-pulau itu adalah wilayah kedaulatannya dan kakitangannya mengambil tindakan untuk menghentikan ‘penangkapan ikan secara haram’ oleh nelayan Vietnam.

Sejak beberapa tahun ini, China berusaha untuk meluaskan kehadirannya di kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, sekali gus bertindak mengetepikan keputusan antarabangsa bahawa tuntutannya terhadap kebanyakan laluan air itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Ia membina pulau buatan yang lengkap bersenjatakan sistem peluru berpandu dan landasan untuk jet pejuang serta menegah kapal yang dikatakan milik Filipina mengganggu kapalnya dan menyekat nelayannya.

Rundingan dengan Li juga dijangka meliputi isu Myanmar yang menganggap China sebagai sekutu utamanya ketika blok itu berusaha menamatkan konflik berdarah di negara itu.

Related Posts

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berautoriti menyelesaikannya mengikut saluran sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

KUALA LUMPUR – Datuk Azrin Khairi hari ini dimasyhurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 menerusi Istiadat Menghadap di Istana Besar Seri Menanti, di sini, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu