Crisnanalina dapat perhatian, terima sumbangan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Crisnanalina Jumis, pelajar berasal Paitan, yang baru-baru ini dilaporkan menghadapi kesukaran membayar yuran pendaftaran universiti mendapat perhatian daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Atas keprihatinan Tun Juhar berkenan memberikan sumbangan kepada Crisnanalina bagi membantu meringankan bebannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Menurut kenyataan dari Istana Negeri Sabah, di samping sumbangan bantuan komputer riba dan bantuan perbelanjaan bagi persiapan Crisnanalina untuk mendaftar di UMS, Tun Juhar juga akan membantu menyelesaikan yuran pendaftaran kemasukan beliau ke UMS.
 
“Bantuan ini adalah sumbangan prihatin daripada Tun Juhar yang mahu Crisnanalina menerima kemudahan secukupnya bagi membolehkan beliau menyambung pengajian ke universiti.
 
“Sebagai Canselor UMS, perkara berkaitan kebajikan pelajar khususnya amat dekat di hati Tun Juhar, justeru bantuan ini diharap sedikit sebanyak meringankan beban serta menguatkan semangat Crisnanalina untuk menempuh kehidupan sepanjang berada dalam pengajian,” demikian menurut kenyataan tersebut.
 
Terdahulu sebuah akhbar tempatan melaporkan Crisnanalina yang berasal dari Kampung Dalamas, Paitan menghadapi kesukaran untuk membayar yuran pendaftaran serta pelbagai perbelanjaan yang berkaitan dan memohon bantuan dari pelbagai pihak bagi membolehkan beliau mendaftar dan memulakan pengajian.
 
Susulan itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor telah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS untuk berhubung dengan pelajar tersebut bagi memudahkan urusan pendaftaran kemasukan ke universiti.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills