Anak angkat keluarga Sarawak layak dapat status rakyat Sarawak

KUCHING – Kanak-kanak dari institusi kebajikan yang tidak diketahui status ibu bapa yang dijadikan anak angkat keluarga Sarawak layak dapat status ‘K’ atau anak Sarawak pada kad pengenalan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata perkara tersebut juga mendapat persetujuan kabinet di bawah Perkara 14A Perlembagaan Persekutuan pada 26 September 2024.

“Alhamdulillah, keluarga Sarawak mengambil anak angkat dari institusi kebajikan layak mendaftarkan status ‘K’ pada kad pengenalan,” ujar beliau.

Jelas beliau lagi, perkara itu juga sudah dipersetujui oleh kabinet tanpa mengira latar belakang anak angkat tersebut.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada mesyuarat bersama-sama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) pada Rabu.

Sementara itu, beliau mengulas punca kuasa mengurus pendaftaran kanak-kanak tersebut diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya mahu memaklumkan JPN merupakan punca kuasa untuk kita kerana agensi tersebut mendapat kelulusan daripada kabinet,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Todak Berjaya bangkit di penghujung perlumbaan, pertahan gelaran Raja Sungai Krian

SARATOK – Harapan Todak Berjaya untuk mengekalkan kejuaraan Bidar 30 hampir berdepan cabaran apabila pasukan Lanun Dinara Cut terlebih dahulu menguasai perlumbaan sebelum perahu nombor satu itu bangkit pada detik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

Todak Berjaya bangkit di penghujung perlumbaan, pertahan gelaran Raja Sungai Krian

Todak Berjaya bangkit di penghujung perlumbaan, pertahan gelaran Raja Sungai Krian

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta