Mana YB Santan ketika rakyat ditimpa musibah?

PADANG BESAR – Penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan kecewa selepas wakil rakyat di kawasan itu seolah-olah tidak endah aduan dikemukakan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan Padang Pauh Selatan, Mohd. Noor Ismail berkata, wakil rakyat sepatutnya turun padang bersama rakyat bagi melihat kesan bencana dialami mereka.

“Ini adalah keadaan bencana, jangan kira parti politik, turun dan tengoklah keadaan rakyat di bawah ini. Setidaknya turun dan lihat apa yang berlaku dan ini akan menaikkan moral mereka yang terkesan.

“Kira-kira 10 buah rumah penduduk di sini sengsara kerana setiap kali hujan lebat, dalam masa dua jam rumah mereka akan dinaiki air. Bukannya mereka tidak buat laporan, dah berkali-kali aduan dilakukan.

“Jawapan dari pejabat wakil rakyat adalah isu itu bukan kerja mereka, itu kerja Jabatan Kerja Raya (JKR). Ya saya tahu itu kerja JKR. Tapi YB (wakil rakyat) dipilih oleh rakyat dan itu tanggungjawab beliau,” katanya.

Tambah Mohd. Noor, dia menasihatkan agar wakil rakyat berkaitan turun padang memantau situasi banjir di kawasannya ketika musibah kerana beliau telah dipilih mewakili penduduk kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan Padang Pauh Selatan, Mohd. Noor Ismail

“Walaupun saya JPKKP yang dilantik kerajaan Pusat, kami segera turun padang melihat dan membantu mangsa yang terkesan selepas mendapat berita.

“Di mana Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) dilantik kerajaan negeri? Batang hidung pun kami tak nampak,” katanya.

Beliau berharap pihak wakil rakyat, JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran melihat masalah berbangkit dan segera menyelesaikan isu yang membelenggu masyarakat di kawasan tersebut.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1