Malaysia akan mulakan rundingan perolehan jet tempur Kuwait – Khaled

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan hasrat dan keperluan Malaysia untuk memperoleh jet tempur jenis F/A 18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait.

Susulan itu, Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah akui memahami hasrat dan keperluan Malaysia dan menyatakan tiada halangan mengenainya.

“Melalui pertemuan dengan Perdana Menteri Kuwait saya telah mengambil peluang menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan antara dua negara menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya pertahanan.

“Saya juga telah memaklumkan hasrat negara untuk memperoleh jet tempur jenis F/A 18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait. Beliau memahami hasrat dan keperluan Malaysia dan menyatakan tiada halangan mengenainya.

“Saya juga turut mengalu-alukan kehadiran beliau ke Malaysia pada tahun hadapan sempena Persidangan Asean-GCC 2025 yang akan diadakan di Kuala Lumpur,” kata Khaled yang melakukan lawatan kerja rasmi ke Kuwait.

Hasil pertemuan dua negara itu, Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi memulakan perbincangan serta rundingan bagi tujuan perolehan pesawat tempur jenis Legacy Hornet berkenaan.

Menurut Khaled, dalam pertemuan itu beliau juga telah menyatakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh dan mempertingkat kerjasama pertahanan antara dua negara. Komitmen ini akan dizahirkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang kini berada di peringkat akhir.

“Hubungan sedia ada antara kedua buah negara akan terus ditingkatkan, meliputi latihan dan pertukaran pegawai tentera, perkongsian maklumat serta penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi pertahanan.

“Saya mengambil kesempatan berkongsi pendirian tegas Malaysia mengenai situasi di Gaza dan Selatan Lubnan, yang mana ketegangan perlu dihentikan dan bantuan kemanusian perlu segera disalurkan,” ujarnya.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian