Kumpulan kaya perlu bayar terus kepada kerajaan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan golongan kaya dan industri besar perlu terus membayar kepada kerajaan bagi memastikan majoriti rakyat dapat menikmati subsidi yang layak diterima.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan terpaksa mengumpul keazaman politik yang kukuh untuk mengambil pelbagai tindakan antaranya rasionalisasi subsidi walaupun berisiko menjadi tidak popular.

Katanya, kerajaan enggan mengambil jalan selamat dengan sekadar memberi janji kosong tanpa sebarang tindakan seperti dilakukan kerajaan terdahulu.

“Jika kami memilih jalan selamat dan tidak melakukan apa-apa pada masa sama mengetahui bahawa keadaan (ekonomi) berterusan hanya akan membawa negara ke arah bankrap, maka itu adalah pengabaian tanggungjawab moral untuk tadbir urus yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Khazanah Megatrends di ibu negara, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Related Posts

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

KUALA LUMPUR – Pas seharusnya bersikap tegas meninggalkan sebarang pertemuan dalam menjatuhkan kerajaan bersama kuasa asing sebagai tanda bantahan, namun kegagalan berbuat demikian menimbulkan persoalan serius terhadap sikap parti Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar