Lelaki maut akibat motosikal terbabas di bulatan

KUCHING – Satu kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal yang hilang kawalan ketika melalui Jalan Tun Salahuddin, lalu terbabas ke dalam bulatan Datuk Patinggi Abang Abdillah Muhammad Kasim.

“Punca kemalangan tersebut disebabkan oleh motosikal mangsa yang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam bulatan berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah.

Ujar beliau dalam kenyataan hari ini, kejadian yang berlaku sekitar 3.40 pagi itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur sekitar 30-an.

“Mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak sekitar 4 pagi,” jelas beliau lagi.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Orang awam mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Inspektor Charlie Aloysius di talian 014-8682068 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan