Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan

KEMENTERIAN Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk isu internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses internet berkelajuan tinggi lebih meluas termasuk di institusi pendidikan di negara ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kita juga akan berusaha untuk membantu melengkapkan sejumlah sekolah dengan wi-fi kerana sewaktu dirangka program Point of Presence (PoP) apabila kita menyediakan internet berkelajuan tinggi ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.

“Program itu sebelum saya (menjadi Menteri Komunikasi), internet itu hanya sampai ke pagar sekolah bukan sampai masuk ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Sembang Santai bersama Komuniti Madani Pulau Pinang di Kampung Batu Uban, Gelugor malam tadi, lapor Bernama.

Fahmi berkata, ia juga berikutan kementeriannya menerima teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 2024 mengenai pelaksanaan projek PoP, justeru terdapat keperluan untuk membaiki masalah terbabit dengan membantu kira-kira 4,000 sekolah yang terlibat untuk melengkapkan kemudahan internet.

Projek PoP bertujuan merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar dengan menjadikan sekolah sebagai hab infrastruktur jalur lebar gentian optik (fiber) sekali gus membolehkan sekolah, premis kerajaan dan kawasan perumahan di sekelilingnya mendapat akses jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi.

Selain itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan akses Internet di kampus-kampus universiti awam seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberikan fokus dalam menyelesaikan masalah Internet di kampus khususnya di universiti-universiti awam.

“Saya telah minta pihak MCMC segera berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk kita kenal pasti kampus mana ada isu internet, sama ada internet di luar atau internet wi-fi contohnya yang perlu kita bantu.

“Sebab setiap kampus ada masalah atau pun isu-isu yang sedikit berbeza. Jadi, isu internet serta prasarana itu akan menjadi keutamaan kementerian,” katanya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat