Ramai pilih UniMAP, 97.7% graduan dapat kerja gaji premium

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus menjadi pilihan ramai apabila mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 97.7 peratus pada tahun 2023, dengan kebanyakan graduan meraih gaji premium melebihi RM4,000 sebulan.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan universiti dalam melahirkan graduan yang menjadi rebutan pelbagai industri, termasuk syarikat multinasional.

“Dalam lawatan saya ke Singapura baru-baru ini, saya sempat bertemu dengan dua alumni UniMAP yang kini berkhidmat sebagai jurutera di Micron Semiconductor Singapore dan Primustech Ltd.,” katanya.

“UniMAP terus komited menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dengan program akademik yang disokong oleh tenaga pengajar berdedikasi serta kemudahan moden,” katanya ketika berucap semasa sesi pendaftaran pelajar baharu UniMAP di sini hari ini.

Sebanyak 2,059 pelajar baharu telah mendaftar di UniMAP tahun ini, membuktikan bahawa universiti tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar.

Fakulti Perniagaan dan Komunikasi mencatatkan kemasukan tertinggi dengan 742 pelajar baharu.

Menurut Zaliman, selain daripada program akademik, UniMAP turut memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kokurikulum bagi melahirkan graduan seimbang dari segi akademik, emosi, dan sosial.

“Untuk menyokong pelajar yang kurang berkemampuan, pelbagai bantuan kewangan seperti Bantuan CARE4U dan Tabung Amanah UniMAP turut disediakan.

“Pelajar yang menghadapi masalah kewangan disarankan untuk berjumpa dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mendapatkan panduan lanjut.

“UniMAP turut menawarkan penginapan 100 peratus di dalam kampus dengan enam kolej kediaman untuk keselesaan dan keselamatan pelajar yang sentiasa dipantau oleh pengetua dan penolong pengetua,” jelas Zaliman.

Minggu Suai Kenal akan diadakan bagi memperkenalkan pelajar dengan kemudahan serta bantuan kebajikan yang tersedia di UniMAP.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik