KKR gesa kontraktor projek Pan Borneo beri penekanan aspek kualiti, keselamatan

KOTA KINABALU – Tiga belas Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah pakej kerja Fasa 1B yang baharu dilantik diingatkan agar memberi penekanan terhadap aspek kualiti kerja dan keselamatan di tempat kerja.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kerja Raya pada Jumaat, aspek mutu kualiti perlu diberi perhatian terutamanya dari segi pematuhan spesifikasi piawai, kos dan masa yang ditetapkan.

Oleh itu, KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan memantau kualiti kerja serta menilai prestasi setiap kontraktor dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR.

Fasa 1B telah dipecahkan kepada 19 Pakej Kerja daripada keseluruhan 35 Pakej Kerja untuk LPB Sabah Fasa 1 yang membabitkan pembinaan Jalan Persekutuan baharu dari Kota Belud ke Kudat serta penambahbaikan Jalan Persekutuan dari Ranau ke Lahad Datu sepanjang 370 kilometer.

Menurut kenyataan sama, tempoh pembinaan bagi Pakej Kerja Fasa 1B ini adalah di antara 36 sehingga 48 bulan pada bila-bila masa dengan kos pembangunan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM13.989 bilion.

Pakej Kerja Fasa 1B yang dilaksanakan adalah Jajaran North West: Pakej Kerja 11-14 (Kota Belud ke Kudat); Jajaran South East: Pakej Kerja 16-20 (Tawau ke Lahad Datu); Jajaran North East: Pakej Kerja 22-26 (Lahad Datu ke Sandakan); dan Jajaran Central: Pakej Kerja 31-35 (Telupid ke Ranau).

Jelas kenyataan itu, projek LPB Sabah adalah projek berimpak tinggi yang merupakan keutamaan KKR sekali gus menjadi pemangkin positif dan lonjakan baharu kepada demografi sosio ekonomi rakyat Sabah menerusi mod jaringan jalan raya yang lebih efisien, selesa dan selamat.

Projek ini juga mampu mencetuskan revolusi kepada pembangunan kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi di sepanjang jajaran tersebut, khususnya untuk sektor pertanian, eko-pelancongan dan perindustrian.

Difahamkan, Surat Setuju Terima (SST) untuk Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor dalam satu majlis yang disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017