Kumpulan Angkukui SK Pekan Nabawan juarai Pertandingan Tingkah Geruh (Battle)

NABAWAN – 10 penari cilik Kumpulan Angkukui muncul Juara Pertandingan Tingkah Geruh (Battle) di Borneo Arts Festival (BAF) Labuan 2024 seterusnya mencipta kejutan kerana berjaya menewaskan 21 kumpulan dewasa lain baru-baru ini.

Kumpulan penari cilik itu adalah terdiri murid Tahun Dua hingga Tahun Lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan.

Mereka ialah Elven Eand Kingstie Elgon, 8; Noah Anneqie Abdullah, 10; Arya Arzumi William, 10; Nurin Aisyah Daik, 10; Feadora Jaini, 10; Rafael Garrie, 11; Fellecia Jaini, 11; Fey Fydrel Sarail, 11; Jazlan Azizan Jaslum, 11 dan Nuraisyah Humairah Bemlly, 11 tahun.

Dalam pada itu, Guru Penyelaras, Ardianfasly Inggu menzahirkan rasa amat bangga kerana buat julung kalinya, kumpulan anak didiknya berjaya menewaskan sebanyak 25 pasukan lain iaitu termasuk empat kumpulan kanak-kanak lain.

Kongsi Ardianfasly, anak didiknya hanya mengambil masa selama tiga minggu bermula 9 hingga 26 September lepas untuk berlatih disebabkan kekangan masa.

“Setiap kumpulan yang bertanding perlu melalui peringkat saringan dan hanya empat kumpulan yang terpilih untuk ke peringkat akhir yang berbentuk spontan dan penentuan pemenang adalah berdasarkan undi pihak juri.

“Melalui pertandingan ini, Anugerah Peningkah Terbaik dinilai melalui karakter dan kemahiran menari semasa bertingkah (Battle),” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Dengan kemenangan itu, Kumpulan Angkukui berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta piala.

Selain itu, mereka turut memenangi Anugerah Khas Juri dan Peningkah Terbaik yang menerima hadiah wang tunai RM500 masing-masing bagi setiap anugerah tersebut.

Tambah beliau, kumpulan tersebut juga menerima sumbangan dan sokongan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pensiangan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD Pensiangan yang menyokong penglibatan kami ke pertandingan berkenaan dengan memberi bantuan kewangan.

“Bagi pihak guru pelatih dan ibu bapa, kami amat berharap pihak kerajaan membuka mata dan memandang kami terutama di sekolah pedalaman ini agar bakat-bakat anak-anak cilik ini diangkat dan diserlahkan di persada dunia.

“Saya juga berharap sebuah bangunan baharu dapat dibina sebagai studio tarian dan tempat ‘showcase’ kejayaan yang telah diraih oleh kumpulan tarian SK Pekan Nabawan sejak 2018 lagi,” katanya.

Gerak tari direka sendiri Ardianfasly dan dibantu oleh Jenny Lulu dan Jackson Nicholos. Tarian yang dipersembahkan adalah Tarian Zapin dan Joget Secara Spontan mengikut lagu yang dimainkan oleh pemuzik secara ‘live’.

Sebagai rekod, pertandingan itu berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 September lepas.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar