Siasatan salah laku GISBH libatkan empat akta – KDN

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memfokuskan siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap salah laku syarikat GISB Holdings (GISBH) berdasarkan empat akta termasuk Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa agensi bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Jabatan Kimia terlibat secara keseluruhan untuk memastikan siasatan berjalan lancar.

“Setakat ini, kita telah membuka 80 kertas siasatan yang melibatkan empat akta iaitu Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan.

“Proses untuk melengkapkan dan menyempurnakan kertas siasatan ini mengambil masa sebelum diserahkan kepada AGC untuk keputusan sama ada pendakwaan akan diteruskan atau tidak,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN pada Selasa.

Beliau berkata seramai 1,226 pegawai dan anggota termasuk daripada PDRM, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlibat dalam proses siasatan dan tindakan dalam menanggani kes itu.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin memaklumkan Kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di New York semalam jelas menggambarkan ketegasan dan ketekalan Malaysia terhadap pelbagai isu sejagat termasuk keadilan buat Palestin.

“Kenyataan Tok Mat (Mohamad) ini mewakili seluruh isi kenyataan kerajaan. Ya – ini adalah pendirian kita (Malaysia).

“Kita tahu isu antarabangsa ini sangat dinamik, tapi yang paling penting adalah ketegasan dan konsistensi kita dalam memanfaatkan forum di peringkat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang disampaikan Tok Mat,” katanya.

Pada perhimpunan UNGA itu, Malaysia secara lantang telah menyuarakan pendirian tegas berhubung beberapa perkara seperti kuasa veto, Islamofobia dan Palestin.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil