Sektor ketiga kewangan Islam mampu lonjak ekonomi mampan

PUTRAJAYA – Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi mampan dan saksama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Berucap merasmikan Forum Serantau YaPEIM (FSY) 2024 hari ini, beliau berkata, institusi itu antara sektor ketiga yang boleh digembleng.

“Walaupun semua institusi ini di bawah seliaan kerajaan, ia menerima sumbangan sama ada dalam bentuk zakat, wakaf atau infak daripada khalayak ramai dan sumbangan ini digunakan oleh agensi ini mengikut kaedah ditentukan,” katanya.

Fadillah berkata, selain itu sektor ketiga berkenaan mampu menyokong pembangunan ekonomi dengan mencipta peluang pekerjaan dan memberi sokongan kepada perniagaan nano, mikro dan kecil.

“Melalui program dirancang bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan, sektor ini dapat membantu memperkukuh ekonomi melalui peningkatan peranan perusahaan nano, mikro dan kecil.

“Dengan penyediaan latihan dan pendidikan kepada individu, sektor ketiga dapat membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

“Ini bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada individu malah kepada ekonomi secara keseluruhan dengan menghasilkan tenaga kerja lebih berkemampuan,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara