RM5.5 juta peruntukan diluluskan bagi baiki Pasar Siti Khadijah

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak RM5.5 juta peruntukan bagi keperluan termasuk membaiki struktur bumbung, kebersihan serta pendawaian di Pasar Siti Khadijah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu adalah untuk memberi keselesaan selain menjaga keselamatan terutama di pasar tersebut yang turut menjadi tarikan pelancong.

Menurutnya, dengan pengumuman peruntukan itu juga sekaligus membuktikan Kerajaan Persekutuan tetap mengambil berat dan prihatin dengan rakyat termasuk peniaga di negeri ini.

“Kita mengambil berat dan memberi perhatian… memang tidak benar kalau kata kita (kerajaan) tudak bagi (peruntukan) cuma kita terbatas.

“Peruntukan ini merupakan keperluan bagi peniaga-peniga terlibat.

“Justeru, saya mengharapkan agar pihak terlibat dapat menyegerakan proses untuk pelaksanaan membaiki pasar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar pihak terbabit tidak menanggugkan proses pelaksanaan selain laporan pelaksaan perlu dibuat segera.

Related Posts

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan kerajaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding RM4.24 bilion pada 2024. Menurut Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran