PBB lantik 10 ahli Majlis Kerja Tertinggi baharu

KUCHING – Seramai 10 ahli baharu dilantik dalam Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Isnin.

Setiausaha Agung PBB, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, lima ahli Pergerakan Pemuda dan lima ahli Pergerakan Wanita antara lantikan baharu.

“Pelantikan ini mengambil kira parti yang sudah berkembang dan memerlukan mereka mengikut senario politik dan keperluan lain,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB tersebut dipengerusikan oleh Presiden PBB yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Antara Pemuda PBB yang dilantik ialah Afiq Brahim, Malcolm Layang Jimban, Sufian Moha, Nicholas Juib dan Abang Mohd Hafiq Abang Kassim.

Sementara itu, Pergerakan Wanita pula diwakili oleh Senator Susan Chemerai Anding, Datuk Seri Rohani Karim, Datin Seri Angelina Ujang, Umang Nangku Jabu dan Dr Dayang Nurfizawati.

Menurut Nanta lagi, Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB semalam merupakan yang pertama diadakan sejak pertambahan jumlah ahli Majlis Kerja Tertinggi diluluskan.

Turut hadir Timbalan Presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

KENYATAAN UMNO menerusi program Musyawarah Nasional bertajuk ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini mengundang persoalan mengenai kedudukan serta dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat