Mangsa banjir Kedah di PPS meningkat kepada 1,359 orang

ALOR SETAR – Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada 1,359 mangsa daripada 436 keluarga berbanding 917 orang daripada 293 keluarga sejak malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS baharu dibuka di daerah Kota Setar iaitu di SK Titi Gajah yang menempatkan 145 orang dari 46 keluarga dan SMK Kepala Batas seramai 73 orang daripada 26 keluarga.

Di Pokok Sena pula, satu PPS baharu dibuka di Surau Desa Keda Derang, sekali gus menjadikan lima PPS beroperasi di daerah itu iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokom Sena, SK Bukit Hijau di Mukim Derang dan Masjid Kampung Baharu , Jalan Lampam yang menempatkan 734 orang daripada 231 keluarga.

Manakala di Kubang Pasu pula turut terkena gelombang banjir ini apabila seramai 284 orang daripada 97 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu di SMK Changlun, Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baharu Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 8 pagi tadi, paras Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang telah melepasi paras bahaya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil