Pesta Bederun Balingian 2024 eratkan silaturahim

BALINGIAN – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan hari ini merasmikan Pesta Bederun Balingian 2024.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia yang juga Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi.

‘Bederun’ dalam bahasa Melanau Balingian bermaksud berkumpul, selaras dengan objektif pesta ini iaitu mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk sekitar.

Pesta kali ini dipenuhi dengan pelbagai acara menarik termasuk sukan sungai, e-sukan, sukan tradisional, konsert rakyat, dan pertandingan bermukun, yang berlangsung dari 27 sehingga 29 September 2024.

Selain itu, pertandingan ini menyaksikan penyertaan yang hebat daripada pelbagai pasukan yang memberikan persaingan sengit di Tebingan Batang Balingian.

Kasihnya Warisan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kemahiran luar biasa sepanjang acara menjadikan mereka layak meraih gelaran juara sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai Pesta Bederun Balingian 2024 membawa pulang hadiah wang tunai RM15,500.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah