Para Sukma pemangkin bakat sukan golongan OKU

KUCHING – Kejayaan penganjuran Para Sukma XXI Sarawak 2024 dilihat sebagai pemangkin kepada usaha memperkasakan bakat sukan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah menegaskan penglibatan OKU perlu diperluaskan, bukan sahaja bidang sukan tetapi pelbagai bidang lain agar mereka berpeluang mengharumkan nama negara.

“Pentingnya usaha mengenal pasti bakat dan potensi OKU dilakukan sejak awal, agar pelbagai program pembangunan dapat dirancang dan dilaksanakan secara strategik, merangkumi pembangunan fizikal dan mental,” tambah beliau.

Menurut beliau, ia sangat penting supaya OKU dapat mencapai kejayaan dan memberi sumbangan kepada negara.

Fatimah turut berharap agar Para Sukma terus berkembang dan memberikan inspirasi lebih luas dalam usaha memperkasakan OKU melalui program dan aktiviti yang disusun secara strategik.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta beberapa pemimpin dan tetamu kenamaan lain menunjukkan sokongan penuh terhadap perkembangan sukan negara terutama golongan OKU.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat