Bundle Hiking Kluang cipta kelainan, pakaian dicuci dahulu sebelum dijual

KLUANG – Seorang anak muda mencipta kelainan apabila menjual kelengkapan mendaki terpakai yang akan dibasuh terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada orang lain.

Pemilik Bundle Hiking Kluang, Mohd Taufik Sahrudin, 38, berkata, pendekatan itu diambil bagi meningkatkan taraf perkhidmatan dalam industri bundle dengan menyediakan sesuatu yang unik dan kreatif kepada pasaran.

Menurutnya, stigma negatif terhadap perniagaan bundle juga mampu ‘direset semula’, selepas terdapat segelintir masyarakat yang menganggap barangan dan pakaian terpakai adalah kotor serta buruk.

“Ada yang beranggapan pakaian bundle berbau dan kotor, tetapi di sini, kami akan memastikan semua produk dibasuh dan digosok sebelum dijual kepada pengguna.

“Itulah kelainan yang kami lakukan kerana pendekatan ini kita ambil untuk memudahkan pembeli kerana lepas sahaja beli, mereka boleh terus pakai, selesa kalau nak terus pergi mendaki,” katanya kepada The Malaysia Press ketika ditemui di kedainya, di sini, hari ini.

Bundle Hiking Kluang, yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Gunung Lambak, menawarkan pelbagai kelengkapan mendaki terpakai seperti kasut, beg gunung, dan jaket sukan pada harga serendah RM10 hingga RM200.

Dalam pada itu, Mohd Taufik berkata, minat terhadap aktiviti mendaki serta cabaran mendapatkan pakaian dan kelengkapan baru yang mahal memberi cetusan kepadanya untuk memulakan perniagaan menjual kelengkapan mendaki terpakai.

Dia bersyukur kerana telah berjaya menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan, sesuatu yang tidak pernah dibayangkannya semasa mula berjinak dalam dunia perniagaan produk bundle pada 2013.

“Minat dalam aktiviti mendaki dan berkhemah ini muncul sejak saya berusia 20 tahun. Waktu itu, dengan kewangan yang terhad, saya mendapati pakaian dan kelengkapan aktiviti lasak ini sangat mahal, terutama yang berjenama.

“Justeru itu, saya ambil keputusan untuk membeli barangan terpakai dari Korea, Jepun, dan Amerika Syarikat yang lebih mampu milik walaupun berjenama.

“Dari situ, tercetusnya ilham dan idea untuk memulakan perniagaan kelengkapan mendaki terpakai kerana saya yakin ramai yang juga mencari kelengkapan seperti ini,” katanya.

Mengimbas kembali permulaan perniagaannya, Mohd Taufik berkata, dia bermula dengan menjual barangan secara bergerak namun, dengan kecanggihan teknologi terkini, dia turut menggunakan media sosial bagi menarik lebih ramai pembeli, khususnya di kalangan anak muda.

“Alhamdulillah, jualan kita semakin baik. Kalau kita buka kedai di hutan rekreasi gunung lambak khususnya di hujung minggu, memang memberi keuntungan tinggi kepada kita.

“Selain fokus di jualan di kedai, kita juga buat jualan langsung seca live TikTok mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan ini memudahkan kita mempromosi dan berinteraksi dengan pelanggan berpotensi dari seluruh Malaysia,” katanya.

Related Posts

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

KUALA LUMPUR – Pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa meneroka peluang dalam teknologi robot humanoid sebagai langkah seterusnya untuk meningkatkan keupayaan industri ke tahap lebih tinggi. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX dijangka ambil kira pahit getir ditanggung M40 menerusi Belanjawan 2027

PUTRAJAYA – Golongan M40 dijangka mempengaruhi keutamaan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 pada Oktober depan, dalam membantu golongan itu yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup bandar, komitmen hutang serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api