Van terbabas warga emas tersepit, sembilan cedera ringan

RANAU – Seorang warga emas tersepit dan sembilan orang cedera ringan termasuk bayi perempuan apabila sebuah van terbabas di Jalan Nickgold Resort Kundasang di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kemalangan melibatkan sebuah van terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Katanya, sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Wasli Saupin dikejarkan ke lokasi selepas panggilan diterima pada pukul 7.56 malam.

“Terdapat sembilan orang mangsa cedera ringan dan seorang mangsa warga emas tersepit.

“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan semua mangsa dihantar ke Hospital Ranau mengggunakan EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Operasi ditamatkan pada pukul 9.50 malam.

Related Posts

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

LIMBANG – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) disaran terus memperkukuh peranan sebagai platform memperkasa wanita dalam pelbagai bidang. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PPWS perlu memberi penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sedia ‘call gateway’ bantu scam luar negara tumpas, tiga lelaki ditahan

IPOH – Tiga lelaki tempatan ditahan selepas polis membongkar sindiket yang dipercayai menyediakan rangkaian komunikasi sebagai ‘call gateway’ bagi membantu kegiatan penipuan dalam talian yang dipercayai dikendalikan dari luar negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony