Datuk Bandar DBKU berkongsi inisiatif Sarawak menuju sifar karbon

SEOUL – Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman menghadiri Persidangan Global ke-10 Alliance for Healthy Cities yang berlangsung dari 25 hingga 27 September di Seoul, Korea Selatan.

Beliau turut berkongsi inisiatif Sarawak untuk memperkenalkan rangkaian pengangkutan awam Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen dalam usaha pencemaran udara oleh kenderaan bertenaga bahan api fosil.

“Ini selaras dengan usaha kami dalam pembangunan Low Carbon City Masterplan 2025-2030 iaitu ke arah sifar karbon menjelang 2030,” ujar beliau.

Selain itu, tambah beliau, inisiatif menggalakkan penglibatan komuniti melalui kejiranan mesra untuk menerima gaya hidup rendah karbon.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan dalam Global Health Leaders’ Forum pada Persidangan Global ke-10 Alliance for Healthy Cities, Seoul pada Rabu.

Persidangan ini bertemakan ‘Smarter and Healthier Cities for a Better Future’ dengan subtema meliputi peta jalan bandar pintar dan sihat, kebingkasan bandar serta inisiatif ekuiti kesihatan.

Acara berprestij ini dihadiri lebih 1,000 delegasi dari kira-kira 200 komuniti di seluruh dunia.

Alliance for Healthy Cities mempunyai 189 bandar ahli di sembilan negara serta 51 organisasi bersekutu yang memfasilitasi pertukaran pengalaman dan inovasi dalam projek bandar sihat dalam kalangan bandar ahli.

  • Related Posts

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

    KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

    Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh