Ideologi komunis: Mainan tak munasabah, cubaan PN takutkan orang Melayu

KLUANG – Dakwaan Perikatan Nasional (PN) berhubung lawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ke China yang dikaitkan dengan ideologi komunis didakwa sengaja dibangkitkan untuk menakutkan orang Melayu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tuduhan yang dilemparkan juga dilihat semata-mata demi meraih sokongan orang Melayu seperti yang pernah dihadapi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Apa yang tak dituduh kepada PM (Anwar)? ejen Amerika, ejen Yahudi..tapi apabila Anwar sebagai Perdana Menteri, apa yang dibuat? Depan pembesar-pembesar Barat, dia nyatakan dia sokong rakyat Palestin, dia hentam Yahudi.

“Jadi, tuduhan-tuduhan sebelum ini dilemparkan semata-mata untuk dapatkan sokongan daripada orang Melayu…. itu sahaja… dan ini adalah mainan yang tidak munasabah.

“Saya yakin dan percaya dalam kalangan orang Melayu, bila sebut ideologi komunis, mereka tak akan terlibat, mereka tidak akan minat lagi.

“Ini semua ungkapan-ungkapan untuk menakut-nakutkan orang Melayu, untuk wujudkan ancaman bahawasanya Islam terancam, Melayu terancam,” katanya kepada pemberita ditemui di Ceramah Berkelompok Perpaduan pada Rabu.

Laporan polis terhadap Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibuat oleh Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berdasarkan hantaran Puad di Facebook baru-baru ini, termasuk lawatannya ke Sekolah Jawatankuasa Parti Perbandaran Parti Komunis China (PKC) Beijing, tempat kader PKC dilatih.

Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor antara lain menzahirkan kebimbangan fahaman komunis akan menular di kalangan ahli UMNO dan juga di DUN Johor.

Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata, tidak timbul tentang sebaran ideologi komunis sekiranya orang Melayu mempunyai pendirian dan asas yang kuat.

“(Jika) dulu mungkin… masa perang nak lawan British, masa berlawan dengan Jepun, mungkin dia (orang Melayu) terpaksa duduk bersama dengan komunis bukan dia komunis, dia masih sembahyang.

“Tuduhan boleh diberi tapi daripada segi praktikalnya, orang Melayu kena tengok secara jujur, secara terbuka apa yang kita perjuangkan.

“Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sangat prihatin kepada semua tak kira bangsa dan agama, menjadi asas kepada pembentukan negara ini iaitu Islam sebagai agama rasmi, tetap dipertahankan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak