Jangan karutlah Bersatu, PN – Faiz Na’aman

“JANGAN karutlah,” tempelak Dr Muhammad Faiz Na’aman terhadap Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu membidas PN yang cuba mencipta naratif mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan fahaman komunis menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Menerusi komen tindak balas di hantaran Facebook Malaysiakini, Muhammad Faiz mempersoalkan bahawa PN dan Bersatu juga pernah mengadakan program dengan negara China dan adakah ia boleh dikaitkan dengan penularan fahaman komunis.

“Jangan karutlah… dulu waktu Bersatu mentadbir negara pun wakil kepimpinan Bersatu termasuk saya selaku MPT, Datuk Wan Saiful Wan Jan, beberapa Ketua Bahagian dan Exco Armada turun lawat Kedutaan Besar China di KL.

“Adakah itu pun boleh dikira pengaruh komunis juga?” soalnya.

Terdahulu, PN telah membuat laporan polis terhadap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang membawa pemimpin parti itu ke China untuk lawatan sambil belajar.

Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, gabungan itu bimbang bahawa fahaman komunisme akan menular di kalangan ahli UMNO dan juga di DUN Johor, yang Puad adalah speaker.

Ketika ini, UMNO dan BN sedang mengadakan lawatan ke China sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dengan negara itu yang dimulakan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974.

BN berkunjung ke negara berkenaan dengan pelbagai program yang diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC).

Selain Mohd Puad, delegasi BN ke China turut disertai Ahli MKT, Datuk Lokman Noor Adam; Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta wakil parti komponen dan rakan BN.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat