UMNO perlu main peranan besar sebagai ‘anchor’ dalam parti komponen

KLUANG – Sebagai sebuah parti yang dianggap nadi kepada Barisan Nasional (BN), UMNO perlu terus diperkasakan sebagai ‘anchor’ dari semua aspek.

Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana UMNO mewakili suara rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak terhad kepada Melayu dan Bumiputera sahaja.

Johari berkata, dalam sejak merdeka dahulu, setiap kali pertandingan parti tidak pernah bertanding atas tiket UMNO, bertanding atas tiket BN.

“Kerana UMNO ‘subscribe to the ideology’ bahawa negara kita ini masyarakat majmuk walaupun majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera tetapi kita ada ‘very big significant minority’ 22 peratus bukan Melayu atau Bumiputera.

“Tetapi pada hakikat dalam BN ini, UMNO tu ‘anchor’ yang harus menunjukkan kekuatan yang bagus dalam parti tersebut maka secara tak langsung parti komponen lain akan menjadi kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sesi kempen bersama jentera BN di sini, malam tadi.

Johari berkata, UMNO juga perlu terus kukuh dan tidak goyah meskipun pelbagai halangan serta rintangan dalam meraih kepercayaan rakan komponen lain.

“Tetapi kalau UMNO dah tak kuat duduk di dalam BN, parti komponen kita yg lain akan menerima kesan yang sama.

“Sebab itu mana-mana sistem yang kita buat akhirnya dalam sesuatu parti, ‘anchor’ harus ‘steady’ kalau tidak kita ada masalah tapi kita akan sedaya upaya mengubah perkara ini,” ujarnya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang