Tasik Pedu ‘dahaga’, aktiviti tasik merosot

PADANG TERAP – Di ketika beberapa daerah di Kedah berhadapan dengan masalah banjir, Tasik Pedu kini semakin hilang keindahannya apabila paras airnya susut di paras yang sangat rendah.

Ramai dalam kalangan penduduk di situ kecewa apabila paras air di tasik itu semakin susut dan ini menyebabkan beberapa aktiviti di sekitar tasik itu tidak dapat dijalankan.

Pengusaha rumah bot, Amir Wahab, 50, berkata, semenjak paras air susut sejak April lalu keadaan Tasik Pedu seperti sebuah lombong terbiar.

Katanya, pada masa itu Kedah berhadapan dengan musim kemarau dan tidak hairanlah paras air tasik semakin surut.

“Bagaimanapun pada kali ini paras air susut begitu serius sehingga sehingga rumah bot saya terdampar di atas tanah. Keindahan tasik turut terjejas dan tiada lagi limpahan air yang menjadikan Tasik Pedu menawan setiap pengunjung ke situ.

“Saya difahamkan Tasik Pedu yang berkeluasan 52 kilometer persegi itu telah susut airnya sebanyak 30 peratus. Ini menyebabkan pelancong sukar untuk menaiki bot ke rumah bot yang terletak di tengah tasik itu,” katanya.

Tambahnya lagi, kesan dari paras air surut itu menyebabkan kedatangan pelancong turut terkesan sehingga 70 peratus dan ini pasti menjejaskan pendapatan pengusaha bot di situ.

“Pengusaha di tasik ini berharap hujan dapat turun bagi menampung air tasik itu secepat mungkin kerana kemarau di Kedah akan datang pada Januari nanti.

“Sekiranya hujan tidak dapat menampung keluasan tasik itu sudah pasti akan menimbulkan masalah kepada penduduk di Kedah ini,” ujarnya.

Sementara itu nelayan, Haron Jusoh, 52, pula berkata, paras air yang terlalu susut itu menyebabkan mereka nelayan tasik tidak dapat pergi jauh untuk menangkap ikan.

Katanya, banyak di kawasan tasik itu kelihatan tanah darat kerana masalah penyusutan air. Ini menyebabkan nelayan sukar untuk pergi menangkap ikan di tempat yang lebih jauh.

“Masalah paras air yang semakin susut ini menyebabkan pendapatan kami terjejas. Walaupun hujan sudah semakin turun tetapi belum mampu menampung keluasan Tasik Pedu sehingga hari ini,” katanya.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI