JAIM tukar, pecat pegawai cuai papar gambar pemimpin pembangkang

PUTRAJAYA – Empat pegawai termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah dikenakan tindakan tatatertib susulan kecuaian memasukkan gambar pemimpin politik dalam paparan video khutbah Jumaat di negeri itu, minggu lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan itu diambil berikutan kecuaian hingga menimbulkan keresahan serta rungutan awam dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam di negeri terbabit.

Dalam masa, katanya, JAIM memberi jaminan kesilapan seumpama itu tidak akan berulang, malah menganggap isu berkenaan sudah selesai.

“JAIM secara tuntas sudah menjalankan siasatan dan didapati kejadian (paparan gambar seorang pemimpin pembangkang) memang benar berlaku dan mereka yang terbabit sudah mengaku meletakkan gambar pemimpin berkenaan.

“Justeru, JAIM memohon maaf atas kesilapan beberapa pegawai yang menyiapkan paparan serta info grafik berkenaan dan tindakan tatatertib sudah diambil ke atas mereka termasuk memberhentikan dan menukar perjawatan mereka ke jabatan serta daerah lain.

“Ia satu kesilapan besar dan tindakan ke atas mereka adalah wajar. Saya harap tidak berlaku lagi selepas ini,” katanya selepas menghadiri perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Al- Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas, hari ini.

Majlis dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Khutbah Jumaat minggu lalu mencetuskan perdebatan hangat apabila paparan dan info grafik khutbah dikendalikan JAIM yang disiarkan di papan layar di semua masjid itu memaparkan wajah seorang ketua parti pembangkang.

Khutbah bertajuk `Negaraku, Tanah Airku’ itu disediakan Bahagian Pengurusan Masjid JAIM bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Wajah pemimpin pembangkang itu diletakkan bersebelahan dengan sepotong ayat berbunyi “Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia’.

Dalam paparan berasingan, turut terdapat wajah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa digantikan dengan gambar Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Keadaan itu menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan pengguna media sosial kerana agensi kerajaan negeri sendiri didakwa seolah-olah tidak mengemas kini info pentadbiran baharu selain dikatakan tidak cakna dengan larangan penyebaran agenda politik di masjid dan surau.

Susulan itu, JAIM dalam satu kenyataan membuat permohonan maaf atas kekhilafan berkenaan dan menjelaskan terdapat ralat dalam info grafik yang disediakan pihaknya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil